Ketahui Apa Itu GERD dan Cara Rawat Yang Betul

Rata-rata rakyat Malaysia sememangnya gemarkan makanan yang pedas, berlemak, berasid dan berangin. Tahukah anda jika kerap makan makanan di atas akan memberikan kesan yang buruk terhadap badan dan boleh menghidap penyakit GERD. Apa itu GERD?

Tidak ramai menyedari mereka menghidap penyakit refluks gastroesofagus (GERD) sehinggalah badan beri tindak balas yang kurang senang setiap kali selepas makan. Apa itu GERD atau penyakit refluks gastroesofagus?

 

Apa Itu GERD?

Dikenali sebagai sejenis penyakit yang melibatkan pencernaan yang di mana akan berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus.

GERD atau asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Dari seawal kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa. 

Selain itu, ianya berlaku disebabkan ketidakupayaan injap pada hujung esofagus untuk tutup dengan baik dan menyebabkan asid mengalir masuk ke esofagus dan tekak lalu akan berasa masam pada mulut.

Walau bagaimanapun, normal jika anda mengalami masalah pedih ulu hati sekali sekala. Namun jika tidak dirawat boleh cenderung masalah lebih serius. GERD perlu dirawat dan dirujuk kepada pakar.

 

Jenis – Jenis Penyakit GERD

GERD jika tidak di rawat akan menyebabkan bertambah teruk dan boleh terjadinya penyakit di bawah ini:

  1. Squamous Cell Carninoma

Sel skuamosa ini adalah jenis sel-sel rata, nipis yang melapisi di permukaan esofagus. Penyakit ini adalah yang paling kerap berlaku di bahagian atas dan tengah esofagus.

Ia merupakan penyakit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Ini kerana ia di percayai mempunya kaitan dengan tabiat merokok dan ketagihan akan alkohol.

  1. Adenocarcinoma

Penyakit ini sejenis yang berkembang dari sel-sel kelenjar. Ia paling kerap berlaku di bahagian bawah esofagus yang berhampiran perut. 

Ini kerana bahagian bawah ini terdedah kepada asid, maka menjadi punca terjadi penyakit ini.

Punca penyakit ini juga boleh berlaku kerana disebabkan tabiat merokok. Namun, ia turut dikaitkan dengan masalah pedih ulu hati untuk tempoh yang panjang. 

Kebiasaannya ia disebabkan oleh berat badan yang berlebihan atau obes.

  1. Masalah Saluran Pernafasan

 

apa itu GERD

Ia terjadi akibat kemasukan sebahagian dari asid perut ke bahagian saluran tersebut.

Ini akan menyebabkan terjadinya jangkitan paru-paru pada kawasan larinks iaitu ruang terletaknya peti suara menyebabkan suara menjadi serak dan rosak.

 

Contoh Gejala GERD

Berikut dibawah adalah contoh gejala yang dialami oleh pesakit GERD:

  • Sukar dan sakit ketika hendak menelan.
  • Kesukaran untuk bercakap dan bernafas.
  • Sakit di leher, dada atau sakit tekak dan tidak pulih-pulih.
  • Batuk kering berpanjangan.
  • Suara bertukar menjadi serak.
  • Muntah berdarah dan batuk yang teruk.
  • Najis berwarna gelap dan berak berdarah.
  • Masalah pendengaran.
  • Penurunan berat badan secara tiba-tiba.

 

Cara Rawat GERD

GERD akan semakin teruk jika dibiarkan tanpa rawatan. Ia berpunca daripada struktur dalaman badan dan faktor gaya hidup seseorang. 

Oleh itu, pesakit perlu ambil tahu dan cari langkah untuk menanganinya dengan berkesan.

  1. Elakkan Makan Berlebihan

 

makan berlebihan

Elakkan daripada makan makanan berat dalam satu masa dan ubah mengambil hidangan secara kecil-kecilan namun secara kerap.

Jika anda makan makanan yang berlebihan pada satu-satu masa, perut anda tidak mampu menampung jumlah makanan tersebut dan menyebabkan refluks naik ke esofagus.

Makanlah dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap untuk memberi masa kepada perut untuk mencernakan makanan tersebut.

  1. Berhenti Merokok

Tabiat merokok dapat melemahkan injap lower esophageal sphincter (LES) lalu merencatkan fungsinya sebagai menjadi penghalang kemasukan asid.

  1. Mengurangkan Berat Badan

 

apa itu GERD

Usaha untuk mengurangkan berat badan boleh mengurangkan tekanan terhadap abdomen atau perut di samping dapat mengelakkan kemasukkan asid ke dalam tiub esofagus.

  1. Elakkan Makan Sebelum Tidur

Makan waktu dekat hendak tidur akan menyebabkan makanan tidak sempat untuk dihadamkan sebelum tidur.

Ini akan menyebabkan makanan refluks naik ke dalam esofagus ketika anda baring untuk tidur.

  1. Elakkan Makanan Yang Masam
buah-buahan

Buah-buahan sitrus seperti oren, epal dan sebagainya yang secara umum bersifat masam boleh menghasilkan iritasi tambahan pada lapisan esofagus yang sudah sedia tercedera.

Kesimpulannya, sayangilah diri anda dan keluarga tersayang. Jagalah kesihatan diri sebelum terlambat. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi setelah nikmat kesihatan diberikan jika kita sia-siakannya.

Berhentilah amalan dan aktiviti yang tidak baik kepada tubuh badan anda seperti merokok, minum arak dan makan makanan segera dengan kerap.

Anda mungkin sedang mencari produk tambahan untuk kesihatan. Anda boleh cuba Sacha Inchi dari GoNature.

Produk tambahan ini dapat membantu anda mengawal masalah kolesterol dalam darah, membantu mengawal gula dalam darah, membantu dan melegakan sakit gastrik dan banyak lagi khasiat produk ini.

Anda tidak perlu ragu-ragu lagi kerana produk dari GoNature ini telah dijamin halal oleh JAKIM. Ianya juga telah disahkan selamat untuk dimakan oleh KKM dan SIRIM Malaysia.

go nature sacha inchi

Jadi apa anda tunggu lagi? Jom cegah dan rawat penyakit anda dengan berikhtiar dengan Sacha Inchi dari GoNature sekarang.

Anda boleh membuat pembelian di link yang berada di bawah.

Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EN