Tekanan Darah Tinggi: Awas! Ini Komplikasi Bahaya

Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung. Ini adalah penyakit senyap yang memberikan komplikasi bahaya dan kematian.

Oleh itu, luangkanlah masa anda sekurang-kurangnya bersenam 30 minit sehari dan untuk 3 kali seminggu serta berhenti aktiviti dan perbuatan yang memudaratkan kesihatan.

Gaya hidup memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah. Maka, pantaulah tekanan darah anda secara berkala.

Teruskan membaca kerana kami akan kongsikan punca tekanan darah tinggi boleh berlaku!

 

5 Punca Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi adalah antara penyakit yang kronik dan membahayakan dan paling banyak dihidapi oleh masyarakat di negara kita. 

Untuk pengetahuan semua, ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia. 

Berikut adalah antara beberapa punca yang boleh menjadi tekanan darah tinggi:

     

      1. Genetik

     

    genetik

    Terdapat beberapa penyelidik percaya bahawa genetik tertentu yang berada di dalam DNA anda turut boleh menyebabkan hipertensi.

    Diikutkan hampir tiada yang boleh dilakukan untuk mengubah genetik anda.

    Akan tetapi pakar perubatan boleh menentukan anda mungkin berisiko untuk mendapat hipertensi melalui ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk, nenek atau adik-beradik yang lain.

       

        1. Kurang Kalium

      Kekurangan kalium di dalam badan juga boleh menjadi salah satu punca tekanan darah tinggi.

      Individu yang mengambil makanan berkalium, akan mengurangkan risiko untuk mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

      Untuk mengetahui kandungan kalium yang anda perlu ambil, anda boleh rujuk dan berjumpa dengan doktor perubatan anda.

      Ini kerana, jika ambil kalium secara berlebihan boleh menyebabkan masalah berkaitan dengan jantung dan jika kurang, akan menyebabkan darah tinggi.

         

          1. Garam Berlebihan

         

        garam

        Secara umumnya, pengambilan garam secara berlebihan sama ada secara langsung atau garam yang berada dalam makanan diproses, dapat meningkatkan risiko untuk mengalami tekanan darah tinggi.

        Kadar pengambilan garam yang disarankan diambil adalah kurang daripada 1,500 miligram (mg). Namun kebanyakan individu telah mengambil sebanyak 3,400 mg sehari.

        Disamping itu, pengambilan garam secara berlebihan untuk tempoh masa yang panjang akan meningkatkan kecenderungan untuk mengalami strok, masalah jantung dan masalah kesihatan yang lain.

        Kadar yang disyorkan untuk pengambilan garam di atas adalah untuk orang yang tiada penyakit dan golongan muda.

        Individu yang lebih berusia mereka akan mengambil dalam jumlah yang terkawal kerana menghidapi masalah kencing manis atau masalah buah pinggang.

           

            1. Ubat-ubatan

           

          ubat darah tinggi

          Sesetengah ubat tertentu boleh menyebabkan faktor untuk terjadinya penyebab darah tinggi.

          Ini bergantung kepada keadaan dan tahap kesihatan anda. Doktor dapat bantu untuk menyesuaikan dos, mengubah dos ubatan atau jenis ubat untuk merawat masalah tekanan darah tinggi yang dialami.

             

              1. Masalah Buah Pinggang

             

            tekanan darah tinggi

            Buah pinggang adalah merupakan organ yang sangat penting pada tubuh badan manusia.

            Ia berfungsi bagi menjalankan tanggungjawab untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika anda kencing.

            Namun jika buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan mempunyai masalah boleh cenderung kepada masalah darah tinggi.

             

            5 Peringkat Hipertensi

            Setiap negara mengklasifikasikan peringkat hipertensi secara berbeza. Terdapat 5 peringkat di Malaysia iaitu:

               

                1. Normal

              Tekanan darah yang bacaannya lebih rendah daripada 130/80 mm Hg yang dianggap dalam julat yang normal.

              Pada peringkat ini, tiada rawatan yang diperlukan. Akan tetapi, disyorkan untuk terus memantau tekanan darah bagi memastikan ia kekal dalam julat yang sihat.

                 

                  1. High-Normal

                Individu yang mempunyai bacaan tekanan darah antara 130/85 sehingga 139/89 mm Hg yang dianggap pra-hipertensi dan berisiko untuk beralih kepada penyakit jantung.

                Walau bagaimanapun ubat-ubatan adalah tidak diperlukan ketika ini. Cara yang disyorkan untuk mengurangkan tekanan darah adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

                   

                    1. Gred 1

                  Jika anda mempunyai bacaan tekanan darah pada 140/90 mm Hg dan ke atas, doktor anda boleh menetapkan ubat-ubatan.

                  Perubahan gaya hidup juga perlu diamalkan untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan penyakit jantung dan risiko untuk mendapat strok.

                     

                      1. Gred 2

                    Jika anda mempunyai bacaan tekanan darah 160/100 mm Hg dan ke atas, garis panduan percaya yang anda seharusnya menerima ubat antihipertensi dan menggalakkan perubahan gaya hidup untuk mengurangkan tekanan darah.

                       

                        1. Gred 3

                      Individu dengan bacaan tekanan darah tinggi daripada 180/110 mm Hg dianggap berisiko tinggi atau hipertensi yang teruk yang memerlukan rawatan segera untuk menurunkan tekanan darah.

                       

                      5 Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

                      Hipertensi ini jika tidak dirawat boleh memberikan tekanan kepada dinding arteri dan boleh menyebabkan kerosakan kepada saluran darah dan organ dalaman kita.

                      Semakin tinggi tekanan dan menjadi tidak terkawal, semakin besar kerosakan akan berlaku.

                      Komplikasi yang anda boleh dapat jika tekanan darah tinggi ini diuruskan dengan baik adalah:

                         

                          1. Masalah Ingatan

                         

                        tekanan darah tinggi

                        Tekanan darah yang tinggi boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfikir dan belajar.

                        Seseorang mungkin akan mengalami kehilangan ingatan jangka pendek, sekiranya saluran darah yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada sel-sel otak rosak akibat oleh peningkatan tekanan darah tinggi.

                           

                            1. Strok atau Serangan Jantung

                          Hipertensi boleh menyebabkan aterosklerosis di mana keadaan arteri kita menebal dan boleh meletakkan diri kita pada risiko yang lebih tinggi untuk serangan jantung, strok atau komplikasi lain.

                           

                          tekanan darah tinggi

                             

                              1. Kegagalan Buah Pinggang

                            Ini adalah salah satu komplikasi dari hipertensi. 

                            Dari masa ke masa, peningkatan tekanan darah boleh menyempitkan, mengeraskan dan melemahkan arteri di sekitar buah pinggan dan mengehadkan aliran darah ke tisu.

                            Ini boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.

                               

                                1. Demensia Vaskular

                              Ini adalah sejenis demensia yang disebabkan oleh aliran darah yang terjejas ke otak. 

                              Peningkatan tekanan darah boleh menyebabkan arteri sempit atau disekat dan mengehadkan aliran darah ke otak dan mengakibatkan perkembangan demensia vaskular.

                                 

                                  1. Masalah Penglihatan

                                Jika saluran darah di retina rosak penglihatan kita mungkin akan terjejas. Keadaan ini dikenali sebagai retinopati hipertensi dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius jika tidak dirawat dengan segera.

                                Pesakit darah tinggi perlulah sedar dan keluarga pesakit mesti berikan sokongan padu bagi mengurangkan risiko kesihatan pesakit. 

                                Ambil berat tentang pemakanan dan aktiviti yang mampu dilakukan untuk mengurangkan risiko penyakit darah tinggi.

                                Anda sedang mencari suplemen untuk penyakit dan mencegah tekanan darah tinggi anda?

                                Cubalah ikthtiar dengan Sacha Inchi daripada GoNature.

                                sacha inchi Go Nature

                                Suplemen ini selamat untuk diambil dan makan kerana telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SIRIM Malaysia serta dijamin halal oleh JAKIM.

                                Oleh itu,kami amat sarankan anda untuk amalkan Sacha Inchi ini kerana banyak kelebihannya seperti menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pembekuan darah dan banyak lagi.

                                Jadi, tidak perlu tunggu lagi. Jom ikhtiar dengan produk dari GoNature ini

                                Klik link dibawah untuk membuat pembelian secara atas talian.

                                Facebook
                                Twitter
                                LinkedIn
                                BMSEOWP
                                BMSEOWP

                                Leave a Reply

                                Your email address will not be published. Required fields are marked *

                                EN