Jenis-Jenis Alergi Kulit Yang Anda Harus Atasi Segera!

Alergi adalah reaksi yang tidak normal dari sistem imun ketika melawan benda asing yang sebenarnya tidak berbahaya bagi tubuh dan terdapat banyak jenis-jenis alergi kulit. 

Jika mengalami reaksi alergi, anda mungkin mengalami gejala seperti sesak nafas, batuk-batuk sehingga mata berair.

Selain itu, alergi juga boleh menimbulkan reaksi pada kulit seperti kulit akan menjadi gatal-gatal, ruam, kemerahan dan boleh menjadi bengkak.

Setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza pada bahan atau benda yang dimakan atau disentuh. Alergi ini boleh berlaku pada bila-bila masa tak kira umur bila.

 

Jenis-Jenis Alergi Kulit

Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang wujud di dunia yang boleh menyebabkan alergi terjadi pada kulit anda. 

Antara punca alergi yang sering terjadi pada kulit seperti bulu haiwan, debu habuk atau pakaian yang dipakai pada kulit.

Namun ada juga beberapa jenis-jenis alergi kulit yang lain wujud dan kurang diketahui oleh kita semua, antaranya ialah:

 

  1. Alahan Detergen

Kebanyakkan sabun seperti detergen mengandungi bahan kimia yang berbahaya contohnya seperti Fosfat dan Surfaktan.

Apabila bahan kimia ini terkena pada kulit, maka akan memberikan perubahan tekstur kulit seperti timbul, kegatalan dan kemerahan. 

Bagi mengelakkan ia berlaku, gunakan sabun yang bebas bahan kimia bagi mengelakkan ia terjadi.

 

  1. Alahan Air

 

alahan air

 

Dikenali sebagai Aquagenic Urticarial, keadaan ini dikatakan hanya wujud dengan nisbah seorang setiap 20 juta manusia di muka bumi ini.

Penghidapnya mungkin akan mengalami kulit yang gatal jika air terkena kulit ketika mandi dan menyebabkan kerongkong akan terjejas semasa meminum air.

Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai alahan terhadap air ini hanya boleh mandi selama seminit dan minum air suling atau berkarbonat sahaja. 

 

  1. Alahan Nikel

Alahan ini merupakan reaksi alahan apabila seseorang itu tersentuh atau terkena dengan objek yang diperbuat daripada nikel.

Nikel atau logam keputihan ini kebiasaannya digunakan untuk membuat barang kemas termasuklah gelang, cincin, subang serta jam tangan.

Bukan itu sahaja, ia digunakan dalam kehidupan seharian juga seperti duit syiling, pen, butang, pin dan zip yang boleh menjadi punca kepada alergi kulit.

 

Apakah Tanda Alergi Kulit?

Gejala alergi kulit yang kerap timbul adalah ruam pada kulit. Selain itu, beberapa tanda lain adalah:

  1. Gatal.
  2. Kulit menjadi merah.
  3. Bengkak.
  4. Kulit bersisik atau mengelupas.
  5. Kulit pecah-pecah atau melepuh.

 

Bagaimana Diagnosis Masalah Kulit?

Ramai penghidap alahan tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya kerana merasa mereka boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan atau krim yang dijual di kedai atau farmasi.

Malahan, penghidap alergi tidak akan sembuh sepenuhnya jika tidak berjumpa dengan doktor dan membuat rawatan untuk mengawal dan mencegah daripada alahan terulang lagi.

Oleh kerana itu, ketika anda sedang mengalami gejala seperti bengkak, ruam, gatal-gatal segeralah buat rawatan di klinik atau hospital.

Lakukan tindakan awal bagi mengelakkan keadaan badan menjadi lebih teruk seperti sesak nafas, kekejangan dan boleh membawa maut.

Pada saat pemeriksaan berjalan, doktor akan memeriksa mata, hidung, tekak dan dada untuk mengetahui tanda-tanda alahan. 

Anda juga mungkin akan disyorkan untuk menjalani beberapa ujian alahan seperti:

 

  1. Ujian Cucuk Kulit (Skin Prick Test)

 

jenis-jenis alergi kulit

 

Ujian mencucuk atau menggores sedikit kulit adalah bertujuan untuk memeriksa alahan terhadap 40 jenis alergi yang berbeza. 

Ujian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti alahan terhadap habuk, makanan, debunga atau kulat.

Di samping itu, kebiasaanya doktor akan menusuk kulit anda dengan jarum namun tidak akan menembusi permukaan kulit. 

Selang 15 minit jika kulit anda menunjukkan ruam, gatal atau kemerahan ini bermakna anda mengalami alahan tertentu.

 

  1. Ujian Darah

 

ujian darah

 

Sampel darah yang diambil daripada pesakit akan dihantar ke makmal untuk dibuat pemeriksaan. 

Kemudian akan dimasukkan alergen ke dalam darah dan menganalisis lgE (immunoglobulin E) iaitu antibodi yang dibuat oleh darah untuk menyerang alergen.

Malangnya, ujian darah ini tidak boleh dipercayai sangat kerana ia sering menunjukkan alahan, tetapi sebenarnya tidak ada satu pun.

 

  1. Ujian Suntikan

Tidak seperti ujian cucuk, cara ini dilakukan dengan menyuntik sedikit ekstrak alergen ke dalam lengan anda. Selepas 15 minit ekstrak disuntik, doktor akan memeriksa simptom tindak balas alahan.

Ujian suntikan kulit ini biasanya akan disyorkan kepada mereka yang mempunyai alahan atau alergi terhadap ubat-ubatan atau gigitan serangga.

 

  1. Ujian Tampalan Kulit (Skin Patch Test)

Anda juga mungkin dinasihatkan untuk melakukan ujian tampalan kulit. Ia menggunakan bantuan tampalan atau tampalan khas.

Ujian ini bertujuan untuk melihat sama ada bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit, seperti dermatitis kontak.

 

  1. Hubungan Langsung Dengan Alergen

Ketika ujian ini berlangsung, anda berada di dalam bilik pemeriksaan bersama doktor.

Anda akan memakan sedikit bahan dan menyedut bahan yang anda disyaki mengalami alahan.

Dengan cara ini, doktor boleh melihat sama ada kulit anda menunjukkan gejala alahan dengan jelas. Ini juga untuk didiagnos tindak balas alahan terhadap ubat atau makanan tertentu.

Kesimpulannya, jika anda sudah tahu bahan apa yang anda alergi,anda mampu mencegah alahan dari kerap datang dan menjadi teruk. 

Elakkanlah bahan-bahan tersebut daripada termakan atau tersentuh bahan yang anda alah. Bersegeralah jumpa doktor atau makan ubat yang doktor beri.

sacha inchi oil

Mungkin anda sedang mencari makanan tambahan untuk imunisasi, menyihatkan serta mencergaskan badan.

Anda boleh mencuba produk daripada GoNature iaitu Sacha Inchi.

Suplemen ini selamat untuk dimakan kerana dijamin halal oleh JAKIM serta disahkan selamat oleh KKM.

Oleh itu, kami amat menyarankan anda untuk amalkan Sacha Inchi ini dan rasai khasiatnya. Pelbagai kelebihan dan khasiat walaupun dalam satu botol.

Jadi, jom cuba Sacha Inchi daripada GoNature ini. Boleh tekan link dibawah untuk buat pembelian atas talian.

Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EN