Pokok Sacha Inchi ialah tumbuhan separuh berkayu, perennial dan mempunyai daun yang sedikit berbulu. Di Amazon, mereka menghasilkan tepung dan minyak menggunakan biji benih Sacha Inchi.
Ia turut dijadikan produk kosmetik, perubatan dan juga makanan dan minuman dengan menggunakan buah dan daun sacha inchi.
Pengetahuan mengenai sacha inchi di Malaysia sudah meluas, tetapi tidak seperti di negara luar. Selalu kita dengar mengenai kelebihan minyak sacha inchi, tetapi pernahkah anda mendengar mengenai kebaikan sabun sacha inchi?
Oleh itu, kami akan rungkaikan kebaikan sabun sacha inchi, salah satu produk yang boleh dihasilkan oleh para usahawan. Turut serta, cara menggunakan sabun sacha inchi.
Kebaikan Utama Sabun Sacha Inchi
Bagi yang tidak tahu, ini adalah kebaikan sabun sacha inchi yang sering digunakan oleh pengguna di luar negara.
- Sumber Komersial
Tahukah anda, penggunaan sacha inchi telah digunakan sejak dahulu lagi yang mampu melembabkan kulit, memulihkan parut dan luka dan merawat gigitan serangga dan jangkitan kulit.
Sebab itulah, di dalam industri kosmetik dan farmaseutikal merebut peluang yang ada dengan menggunakan kandungan protein dan minyak (asli atau diubah suai) daripada sacha inchi untuk terus dibangunkan dan dipatenkan.
- Melembapkan Kulit Secara Mendalam

Sacha inchi mampu membuatkan kulit menjadi lebih lembab kerana minyak biji sacha inchi menghalang kehilangan air transepidermal (TEWL) dari permukaan kulit.
Dengan itu meningkatkan penghidratan stratum korneum iaitu permukaan atas sekali epidermis.
- Menghilangkan Kedutan Kulit Wajah

Produk kosmetik berasaskan minyak Sacha inchi ada kaitan dengan rangkaian kosmetik di mana ia memberikan kesan menegangkan kulit dan melindungi dari antibakteria, anti-radang, dan anti-penuaan.
- Membantu Mengurangkan Jerawat
Kandungan Omega-3 dan sifat anti-radang dalam minyak sacha inchi membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan, mengurangkan risiko jerawat yang berpunca daripada liang minyak tersumbat.
- Pencerahan Kulit Semulajadi
Apabila anda kerap menggunakan sabun dari sacha inchi, mesti anda dapat melihat keadaan tona kulit yang mencerah secara semulajadi. Kandungan nutrisi dapat membantu mengurangkan pigmentasi gelap.
- Mengurangkan Kemerahan dan Keradangan
Sacha inchi mengandungi antioksidan yang bagus seperti Vitamin A dan C. Ini membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit.
Bahan yang bagus untuk memperbaiki keadaan kulit seperti masalah jerawat dan ruam.
Cara Terbaik Menggunakan Sabun sacha Inchi
- Jadikan Rutin Penjagaan Wajah

- Gunakan sabun 2 kali sehari iaitu ketika waktu pagi (bangun dari tidur) dan malam (sebelum tidur).
- Lalukan sabun pada air untuk menjadi ia berbuih.
- Urut muka dengan menggunakan sabun.
- Biarkan sabun berada di muka buat seketika.
- Bilas sisa sabun dengan air bersih.
- Gunakan Sebagai Sabun Mandi
- Gunakan sabun 2 kali sehari iaitu ketika waktu pagi (bangun dari tidur) dan malam (sebelum tidur).
- Lalukan sabun pada air untuk menjadi ia berbuih.
- Pakai sabun directly pada kulit badan seperti jerawat, luka (yang sudah kering) dan kulit alergik. Jangan risau, sebab ia sesuai untuk kulit sensitif.
- Biarkan sabun berada di muka selama buat seketika
- Bilas sisa sabun dengan air bersih.
Kenali Go Nature Sacha Inchi Soap
Kini anda boleh dapatkan produk daripada Go Nature iaitu Go Nature Sacha Inchi Soap!

Kandungan utama di dalam Go Nature Sacha Inchi Soap:
- Minyak Sacha Inchi
Komposisi minyak sacha inchi mengandungi asid lemak tepu seperti palmatik dan stearik, tak tepu ω-3 linoleik, ω-6 linolenik, ω-9 oleik dan unik ω-7 yang jarang dilihat di dalam profil tumbuh-tumbuhanan.
Minya ini juga terkandungan vitamin A dan E, antioksidan, asid amino, flavonoid dan lignan.
- Ekstrak Bacilus Ferment
Ekstrak ini mempunyai sifat yang menenangkan dan menghidratkan kerana keupayaannya untuk membantu menguatkan mikrobiom kulit.
Maka, ia mengurangkan kehilangan air dan mengekalkan penghidratan permukaan dengan lebih baik!
Tahap penggunaan sebagai sebahagian daripada campuran dengan glikol atau bahan-bahan serupa 0.5–3%.
Jumlah yang lebih tinggi daripada ekstrak ini berpotensi untuk memperbaiki rupa kulit yang mudah berjerawat.
Ini disebabkan sifatnya yang mampu menenangkan dan merawat pada mikrobiom kulit.
Sabun Go Nature Sacha Inchi memberikan manfaat kepada kulit badan. Mencerahkan, memutih dan menghaluskan kulit. Ia membersihkan dan menjadikan kulit anda lebih cerah dan sihat!
Jangan risau, bagi ada masalah kulit seperti di bawah, anda boleh menggunakannya kerana dirumuskan khas untuk anda!
– Kulit sensitif
– Alahan
– Ekzema
– Kulit kemerahan
Ia menggunakan 100% minyak asli dari buah Sacha Inchi.
Paling penting adalah anda tidak perlu ragu-ragu lagi kerana mendapat kelulusan HALVEC dan SIRIM Malaysia.
Diharapkan dengan perkongsian mengenai kandungan hebat di dalam sacha inchi meyakinkan anda untuk memilih dan menggunakan sabun sacha inchi dalam penjagaan kulit anda.
Apa tunggu lagi? Tak perlu fikir lama-lama. Jom dapatkan kulit yang baik dengan memanfaatkan sabun Sacha Inchi dari Go Nature!
Beli secara dalam talian lebih mudah dan senang.