Sejak kebelakangan ini, sacha inchi banyak mendapat perhatian di negara kita berikutan dengan khasiat yang terdapat padanya.
Tanaman sacha inchi atau nama saintifiknya Plukenetia volubilis merupakan tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia.
Tumbuhan yang berasal dari Negara Peru ini juga dikenali sebagai ‘Sacha Peanut’, ‘Inca Peanut’, ‘Mountain Peanut’ dan ‘Sacha Inchi’.
Tumbuhan ini kini ditanam secara komersial di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.
Pokok ini matang dalam masa dua tahun. Buahnya yang berbentuk lengai menghasilkan 100 buah setahun dengan 400-500 biji.
Bahagian biji inilah digunakan bagi tujuan kesihatan kerana mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids.
Khasiat Sacha Inchi Yang Anda Perlu Tahu!
Pasti ramai tertanya-tanya apa khasiat sacha inchi kepada kesihatan. Daun tumbuhan ini dimanfaatkan dengan dikeringkan dan dibancuh untuk dijadikan herba.
Buah sacha inchi lazimnya tidak dimakan tetapi bijinya dipanggang dan dimakan. Ia turut dijadikan serbuk atau diekstrak untuk mendapatkan minyaknya. Terdapat banyak kebaikan sacha inchi oil.
Berikut adalah khasiat minyak, biji dan daun sacha inchi untuk kesihatan:
Membantu Menurunkan Paras Kolestrol
Penting bagi semua mengawal paras kolestrol untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, angin ahmar dan sebagainya.
Oleh itu, pengambilan sacha inchi oil mampu mengurangkan peningkatan paras kolestrol dan keradangan kerana mengandungi asid lemak tak tepu.
Sumber asid lemak tak tepu yang hebat adalah sejenis lemak yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol dan menyokong kesihatan jantung.
Ia turut mengandungi antioksidan dan sebatian fenolik yang boleh mengurangkan keradangan dalam tubuh dan melindungi tubuh badan daripada penyakit kronik.
Membantu Menurunkan Tekanan Darah
Minyak sacha inchi juga didapati boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi yang mengambilnya secara konsisten.
Menurut kajian, pengambilan 10-15 ml minyak sacha inchi setiap hari selama 4 bulan boleh membantu menurunkan paras tekanan darah.
Melancarkan Sistem Penghadaman
Usus yang sihat mendorong kepada kesihatan keseluruhan badan. Setiap hari perut kita menerima bermacam-macam jenis makanan.
Oleh itu, dengan pengambilan sacha inchi oil yang kaya dengan serat.
Ia mampu membantu mengimbangi bakteria berfaedah dalam usus untuk melancarkan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko terkena sembelit.
Kandungan serat yang tinggi juga dapat melembutkan najis bagi memudahkan proses perkumuhan sekaligus mengelakkan buasir, masalah usus dan sebagainya.
Membantu Menurunkan Berat Badan
Tahukah anda, satu hidangan biji sacha inchi boleh membekalkan lebih kurang 70 kalori serta mengandungi nutrisi penting seperti protein dan serat yang baik.
Daun sacha inchi mengandungi protein dan serat yang boleh mengawal selera makan.
Ia bertujuan untuk membantu menurunkan berat badan dengan berkesan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
Berpotensi Mencegah Kanser
Kajian terhadap diet berasaskan minyak sacha inchi selama 4 minggu dapat mengurangkan berat tumor, pembiakan sel-sel tumor dan mengurangkan keradangan.
Selain itu, ekstrak daun sacha inchi berkebolehan untuk menghapuskan sel-sel kanser serviks dan kanser paru-paru.
Ia menghasilkan kesan anti proliferatif yang mematikan sel kanser daripada membahagi.
Melindungi Sel-sel Badan
Kajian juga menunjukkan bahawa minyak sacha inchi mengandungi vitamin A dan E.
Vitamin A yang bertindak sebagai menguatkan tulang dan memastikan pertumbuhan yang sihat.
Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan larut lemak untuk menghentikan penghasilan radikal bebas.
Ia terbentuk apabila lemak mengalami pengoksidaan sekaligus membantu melindungi sel-sel badan yang sihat daripada kerosakan.
Bagus untuk Kesihatan Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular adalah sistem yang terdiri daripada jantung dan saluran darah. Selain bersenam dan tidur yang cukup, menjaga pemakanan amat penting untuk mereka.
Sacha inchi dilihat mempunyai kebaikan kepada sistem kardiovaskular pemakannya.
Hal ini kerana kandungan asid lemak Omega-3 iaitu asid alfa-linolenik (ALA) yang tinggi dalam minyaknya.
Apa-apapun, sebarang pengambilan makanan tambahan memerlukan konsultansi doktor.
Ternyata begitu banyak kebaikan Sacha Inchi Oil pada kesihatan kita bukan?
Anda tidak perlu ragu-ragu untuk mengambilnya kerana kajian telah membuktikan ianya selamat dan termasuk dalam kategori pemakanan sihat.
Banyak yang menjual Sacha Inchi Oil di luar sana tapi ada juga dijual dengan harga yang berlainan, ada yang mahal dan ada yang murah.
Bagi memastikan 100% kandungan minyak sacha inchi, anda boleh meletakkannya dalam peti ais.
Minyak sacha inchi tidak akan mengeras dan jika ianya mengeras itu adalah disebabkan ada campuran air dan bukan 100% minyak sacha inchi.
Di Go Nature Global, kami merupakan satu-satunya pemegang sijil Malaysia Halvec Certificate.
Dan sudah pastinya minyak sacha inchi keluaran kami mempunyai Halal JAKIM dan 100% original daripada bahan organik.
Rujuk website Go Nature untuk maklumat lanjut tentang produk Sacha Inchi Oil.