Nak Tahu Kenapa Kebas Kaki Terjadi? Baca Ni!

Pernahkah anda mengalami rasa kebas kaki?

Kondisi ini juga turut dikenali sebagai paraesthesia yang bermaksud kehilangan sensasi pada beberapa bahagian badan.

Kadangkala, kondisi ini juga selalu dipanggil sesemut yang berlaku secara sementara.

Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika kaki kita rasa kebas setelah duduk atau baring dalam jangka masa yang lama.

Namun begitu, anda jangan sesekali ambil mudah akan masalah kaki kebas.

Ini kerana rasa kebas boleh menjadi simptom kepada penyakit lain yang mungkin anda tidak ketahui. 

 

Sebab Kaki Kebas

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kaki kebas. Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut. 

  • Anda Duduk Terlalu Lama

punca kaki kebas

Dalam sesetengah kes, kaki kebas boleh sesuatu yang simple seperti duduk terlalu lama.

Jika anda duduk dalam satu jangka masa yang panjang, saraf pada bahagian kaki akan termampat.

Akibatnya, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan anda mengalami kebas dan rasa kesemutan.

Tetapi jangan risau, kondisi ini biasanya hanya bertahan sekejap dan akan pulih selepas beberapa minit. 


  • Bersenam

Kaki anda juga boleh menjadi sakit dan kebas ketika anda bersenam.

Contohnya, aktiviti larian boleh memberikan tekanan saraf yang menyebabkan kaki menjadi kebas.

Perkara ini juga boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti memakai kasut yang terlalu ketat atau bersukan dalam tempoh yang terlalu lama.

Namun, sama seperti kaki kebas ketika duduk, jika anda mengalami kaki kebas ketika bersenam juga tidak akan mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

Jika anda ingin kelegaan yang lebih cepat, anda boleh cuba gerakkan atau goyangkan kaki ketika bersenam. 


  • Kerosakan Saraf

kerosakan saraf

Selain itu, kerosakan saraf merupakan punca yang menyebabkan kaki kebas.

Ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti kecederaan, jangkitan, dan kesan sampingan pengambilan ubat tertentu.

Contohnya, jika anda mengidap kencing manis, anda mungkin lebih berkemungkinan mengalami kerosakan saraf dan merasai sensasi kebas di kaki.  


  • Masalah Peredaran Darah

Satu lagi kemungkinan penyebab kaki kebas adalah masalah peredaran darah.

Jika darah tidak mengalir dengan betul dan lancar ke kaki anda, anda mungkin merasai sensasi kebas yang boleh menyebabkan kesakitan.

Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor termasuk obesiti, merokok, dan penyakit yang lain.

Walaupun terdapat pelbagai faktor kaki kebas, berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan kondisi ini.  

 

Tips Kurangkan Kaki Kebas

  • Bersenam Dengan Kerap

Bersenam boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan menyokong fungsi saraf yang sihat.

Secara tidak langsung, ini boleh membantu mengurangkan kebas pada kaki anda.


  • Mendapat Vitamin B Yang Mencukupi

kurangkan kaki kebas

Vitamin B, terutamanya B1, B6 dan B12, adalah penting untuk fungsi saraf yang sihat.

Pastikan anda mendapat vitamin ini dalam diet anda atau melalui suplemen secukupnya.


  • Elakkan Duduk Atau Berdiri Kedudukan Yang Sama Terlalu Lama

kurangkan kaki kebas

Duduk atau berdiri yang berpanjangan boleh menyekat peredaran darah dan menyebabkan kaki anda kebas.

Untuk membantu memastikan peredaran darah lancar, anda digalakkan untuk menggerakkan badan ketika berehat. 


  • Pakai Kasut Yang Selesa

Memakai kasut yang terlalu ketat atau bertumit tinggi juga boleh menyekat peredaran darah dan menyebabkan sensasi kebas pada kaki anda.

Pastikan anda memakai kasut yang selesa dan memberi sokongan pada kaki anda secukupnya.

Jika anda mengalami kaki kebas dengan gejala lain, seperti keletihan, kesukaran berjalan, atau perubahan pada kulit atau kuku kaki anda, anda haruslah berjumpa doktor dengan segara. 

 

Nak Kurangkan Kaki Kebas? Go Nature Kan Ada!

Anda ingin kurangkan sensasi kaki kebas dengan cepat dan selamat?

Dapatkan produk Sacha Inchi dari Go Nature!

Sacha Inchi adalah suplemen tambahan yang memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan anda secara menyeluruh.

Sacha inchi boleh didapati dalam pelbagai bentuk- serbuk, biji panggang, minyak dan gel lembut.

Walaupun terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh dapati di pasaran, anda haruslah mendapatkannya daripada sumber yang dipercayai.

sacha inchi oil omega

Suplemen Sacha Inchi daripada GoNature telah disahkan selamat untuk dimakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SIRIM Malaysia, serta dijamin Halal oleh JAKIM.

Ia adalah 100% tulen, dan GoNature menjamin bayaran balik penuh jika produk tiba dalam keadaan rosak.

Dengan 60 biji setiap botol, anda mungkin mendapat kelebihan penuh Sacha Inchi dalam masa sebulan sahaja dengan mengambil 1 dos dua kali sehari.

Sekarang anda sudah pun tahu tentang kepentingan omega-3 dan juga sacha inchi yang mempunyai khasiat tersebut.

Oleh itu, kami amat sarankan pengambilan suplemen sacha inchi ini kerana kandungan Omega-3 nya 17 kali ganda lebih tinggi berbanding minyak ikan biasa atau diet pemakanan seharian.

Jadi, jom jaga kesihatan diri anda dengan GoNature Sacha Inchi sekarang. Klik pada pautan di bawah ini untuk membuat sebarang permbelian.

Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EN