Anda pasti pernah mendengar tentang kebaikan pengambilan minyak ikan dalam diet pemakanan seharian, bukan?
Pengambilan lemak yang berlebihan sememangnya tidak bagus untuk kesihatan.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis asid lemak yang bagus untuk kesihatan seperti omega-3?
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai omega-3 dan kebaikannya.
Definisi Omega-3
Omega-3 adalah sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh badan.
Terdapat pelbagai sumber makanan yang mengandungi omega-3.
Antaranya ialah ikan, minyak sayuran, kacang (terutamanya walnut), dan sayur-sayuran berdaun.
Secara umumnya, asid lemak omega-3 yang terdapat dalam sumber ikan laut mengandungi manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding sumber tumbuhan.
Ikan tuna, ikan parang, ikan sardin, ikan kembung, dan ikan bilis adalah antara sumber laut yang kaya dengan omega-3.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan setiap individu untuk mengambil ikan dalam diet pemakanan setiap minggu untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
Kebiasaannya, 30% nutrien dari minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3.
Namun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan suplemen tambahan berasaskan minyak ikan sudah mencukupi.
Kepentingan Omega-3
Terdapat pelbagai kepentingan omega-3 terhadap tubuh badan kita.
Omega-3 memainkan peranan penting untuk mencegah penyakit kardiovaskular.
Selain itu, ia juga berperanan penting dalam mencegah jangkitan dan mengelakkan pembentukan plak di dalam saluran darah.
Omega-3 dan jantung
Seperti kita ketahui, penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di seluruh dunia.
Omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan tekanan darah tinggi.
Ia juga dapat mencegah jangkitan dan mengelakkan pembentukan plak di dalam saluran darah.
Tekanan darah tinggi
Pengambilan garam dan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi.
Untuk memastikan pengamalan pemakanan yang lebih sihat, anda boleh menggantikan hidangan yang tinggi kandungan lemak seperti daging dengan hidangan ikan.
Ini kerana kandungan omega-3 yang tinggi dalam ikan dapat menurunkan tekanan darah.
Menurunkan tahap kolesterol dalam darah
Selain itu, kajian menunjukkan bahawa pengambilan omega-3 dapat menurunkan tahap trigliserida.
Pada masa yang sama, ia juga mampu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.
Mencegah kanser
Omega-3 juga dipercayai dapat mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara, dan kanser prostat.
Meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak
Selain memanfaatkan dewasa, omega-3 adalah sangat bagus untuk meningkatkan perkembangan otak anak-anak anda.
Kelas DHA (Docosahexaenoic acid) dan EPA (Eicosapentaenoic acid) yang terdapat dalam omega-3 dapat membantu sel otak untuk berhubung.
Ini dapat mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak.
Mengurangkan risiko penyakit buah pinggang
Omega-3 juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang.
Contohnya, penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang melibatkan kencing manis, sirosis (cirrhosis), pemindahan jantung, dan penyakit Berger.
Meningkatkan kehidratan kulit
Asid lemak omega-3 adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.
Ini kerana kandungan DHA dalam omega-3 adalah bagus untuk memastikan kulit sentiasa tegang dan sihat.
Manakala EPA pula membantu mengawal penghasilan minyak serta memastikan kulit anda kekal hidrat.
Mempunyai sifat anti radang
Omega-3 mempunyai sifat anti radang yang boleh mengurangkan inflamasi pada kawasan saluran darah.
Ini dapat mengurangkan risiko aterosklerosis yang dapat membuatkan salur darah menjadi keras.
Marah, sifat omega-3 anti radang ini juga dipercayai dapat membantu mengurangkan simptom kanak-kanak yang menghidap asma.
Memperkuat daya tahan tubuh
Omega-3 merupakan salah satu nutrisi yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh.
Dengan daya tahan tubuh yang kuat, tubuh dapat melawan bakteria dan virus yang penyebab pelbagai penyakit selsema dan covid-19.
Omega-3 Ada Juga Dalam GoNature
Sacha inchi boleh didapati dalam pelbagai bentuk- serbuk, biji panggang, minyak dan gel lembut.
Walaupun terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh dapati di pasaran, anda haruslah mendapatkannya daripada sumber yang dipercayai.
Suplemen Sacha Inchi daripada GoNature telah disahkan selamat untuk dimakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SIRIM Malaysia, serta dijamin Halal oleh JAKIM.
Ia adalah 100% tulen, dan GoNature menjamin bayaran balik penuh jika produk tiba dalam keadaan rosak.
Dengan 60 biji setiap botol, anda mungkin mendapat kelebihan penuh Sacha Inchi dalam masa sebulan sahaja dengan mengambil 1 dos dua kali sehari.
Sekarang anda sudah pun tahu tentang kepentingan omega-3 dan juga sacha inchi yang mempunyai khasiat tersebut.
Oleh itu, kami amat sarankan pengambilan suplemen sacha inchi ini kerana kandungan Omega-3 nya 17 kali ganda lebih tinggi berbanding minyak ikan biasa atau diet pemakanan seharian.
Jadi, jom jaga kesihatan diri anda dengan GoNature Sacha Inchi sekarang. Klik pada pautan di bawah ini untuk membuat sebarang permbelian.