Awas, 5 Kesan Kelemahan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak

Sejak dari bayi lagi, tumbesaran mereka harus dijaga dengan baik. Bayi dan kanak-kanak cenderung untuk mudah sakit kerana sistem imun badan mereka lemah berbanding orang dewasa. 

Kanak-kanak akan menemui masalah kesihatan andai cara hidup dan pemakanan mereka tidak dijaga dari kecil. Oleh itu, ibu bapa wajib mendapatkan ilmu bagi membentuk masa depan si kecil ini.

Tidak dilupakan juga, mereka disyorkan untuk mendapatkan imunisasi (vaksin) seawal mungkin, iaitu sejak bayi mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini bertujuan mencegah 6 penyakit utama iaitu Tuberculosis (TB), Difteria, Pertussis, Tetanus, Polio dan Measles.

Jom baca kesan kelemahan sistem imun badan kanak-kanak jika tidak jaga dengan baik. Turut sama, kami akan kongsikan cara menguatkan sistem imun si manja anda!

 

5 Cara Menguatkan Sistem Imun Si Manja 

sistem imun badan
  1. Masukkan Sayur dan Buah di Dalam Makanan Seharian

Kanak-kanak ada pelbagai ragam yang membuatkan ibu bapa pening kepala, contohnya tidak mahu makan buah atau sayuran. 

Ibu bapa boleh mencuba alternatif seperti menyediakan jus buahan, selitkan buahan dan sayuran dalam hidangan utama dan snek dan variasikan pilihan buah yang ada.

 

  1. Berikan Tidur Yang Cukup

 

tidur yang cukup

Bayi memerlukan 14- 17 jam sehari manakala kanak-kanak memerlukan 11-14 jam kitaran tidur sehari. 

Semakin meningkat umur, semakin berkurang waktu tidur mereka. 

Jadi, ibu bapa wajib pantau waktu tidur mereka dan cuba untuk menghadkan tidur siang mereka pada 1 hingga 2 jam sahaja.

Ini untuk mengelakkan mereka dari tidur lambat pada waktu malam.

 

  1. Menyusukan Bayi Anda

Sejak bayi dilahirkan, susu ibulah yang menjadi makanan kepada bayi kerana mengandungi pelbagai khasiat bagi memberikan tenaga dan nutrien. 

Susu ibu mengandungi sel limfosit dan makrofaj yang mampu mengelakkan pertumbuhan bakteria, dan bifidus untuk mengekalkan persekitaran sihat dalam usus bayi.

 

  1. Ambil Probiotik

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Keseimbangan bakteria yang berfaedah boleh membantu menghasilkan antibodi yang akan merangsang, melatih dan menjadikan sistem imun lebih matang.

Dapatkan yogurt, kefir, buttermilk, keju, tempe dan jeruk dalam pemakanan anak anda. Suplemen berbentuk kapsul, tablet, serbuk dan cecair juga boleh didapatkan setelah mendapatkan nasihat doktor.

 

Kesan Kelemahan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak

sistem imun badan
  1. Rendah Zat Besi

Kanak-kanak yang kekurangan zat besi berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi (IDA) yang bermula dengan penyusutan kecil jumlah zat besi dalam badan.

Jika ia semakin berlanjutan, ia boleh mempengaruhi imuniti, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sekiranya tidak dirawat.

 

  1. Selsema dan Influenza Biasa

 

selsema dan influenza

Selsema dan selesema influenza berkongsi banyak simptom yang serupa, tetapi kedua-duanya disebabkan oleh virus yang berbeza.  

Simptom flu lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Oleh itu, dapatkan rawatan dari doktor.

 

  1. ChickenPox

Chicken Pox ataupon cacar air menghasilkan ruam gatal yang tidak selesa dengan lepuh kecil berisi cecair.

Ruam  bermula dengan benjolan merah jambu atau merah dan menjadi lepuh kecil berisi air. Selepas ianya pecah dan bocor, ia akan menghasilkan kudis.

 

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit HFMD ialah penyakit berjangkit yang menyebabkan ruam pada bahagian tangan, kaki dan kawasan lampin serta akan mengalami ulser di tekak, mulut dan lidah.

Kanak-kanak akan cenderung untuk mengalami demam dan hilang selera makan. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan hidung, air liur dan cecair daripada ruam individu yang dijangkiti.

 

  1. Jangkitan Telinga

Jangkitan telinga merupakan salah satu penyakit yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak. 

Jangkitan ini disebabkan bakteria atau virus menjangkiti ruang di belakang gegendang telinga. 

Telinga akan dipenuhi dengan nanah yang menolak gegendang telinga dan menyebabkan ketidakselesaan.

 

Makanan Yang Melemahkan Sistem Imun Kanak-Kanak

sistem imun badan
  1. Minuman Soda/Bergas

Siapa kata kanak-kanak tidak pandai minum minuman bergas? Minuman bergas ini mengandungi tinggi kalori dan gula. 

Hal ini akan menyebabkan gigi anak anda mudah rosak dan ketagihan untuk minum.

 

  1. Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng yang rangup dan sedap mengandungi kandungan lemak dan minyak yang tinggi seperti ayam goreng, kentang goreng dan nugget.

Makanan ini cenderung untuk menekan sistem pertahanan badan. Ia juga boleh tingkatkan kadar kolesterol daripada lemak tepu/ lemak trans yang tinggi.

 

  1. Makanan Segera

Makanan segera sangat tinggi kandungan kalori, lemak tepu, natrium dan gula yang boleh membahayakan sistem pertahanan badan kanak-kanak.

 

  1. Aiskrim

Aiskrim makanan manis, enak dan berkrim yang diminati dan sukar ditolak oleh sesiapa terutamanya kanak-kanak.

Makan secara berlebihan akan mengakibatkan keradangan kerana aiskrim penuh lemak tepu dan gula.

 

  1. Kek, Pastri & Biskut

Dessert yang digemari semua kanak-kanak dan susah untuk resist. Ia lagi menarik jika dihiasi dengan variasi krim,  chocolate chip dan chocolate rice. 

Namun, harus diingatkan pengambilan secara kerap boleh membuatkan si kecil kita cenderung obesiti dan mengakibatkan keradangan.

Oleh itu, penting untuk ibu bapa membekalkan diet seimbang serta mendidik dan memupuk amalan pemakanan sihat seawal usia bagi mengelakkan masalah zat bagi melindungi diri kanak-kanak itu sendiri. Kawalan harus dimulakan oleh ibu bapa. 

Kini, Go Nature tampil dengan produk Go Nature Kids yang dirumus khas untuk menambahkan imunisasi badan kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas.

Produk ini didatangkan dengan perisa mixberries yang enak sesuai dengan cita rasa kegemaran kanak-kanak.

Pengambilan: Sebanyak 6 gummies/ 3 kali sehari

Bahan-bahan: Glucose Syrup , Water, Sugar, Pectin, Sacha Inchi Oil, Sodium Citrate, Ascorbic Acid, Citric Acid, Mixberries Flavor, Potassium Sorbate, Color

Kebaikan Go Nature Kids : 

  1. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak 
  2. Membantu lebih fokus dalam aktiviti harian 
  3. Melancarkan peredaran darah 
  4. Menguatkan tulang dan sendi 
  5. Melancarkan pencernaan dan buah pinggang 
  6. Mata lebih segar dan lebih cerah 
  7. Membantu imunisasi badan
Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EN