Asma: Maksud, Pencetus (Faktor) & Cara Rawatan

Penyakit asma bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. Jika ia tidak dirawat dengan segera, ia boleh membahayakan tubuh badan seseorang individu. 

Disebabkan itu, kami akan berkongsi beberapa perkara penting mengenai masalah pernafasan ini dalam artikel. 

Antara perkongsian yang kami akan sertakan dalam artikel ini adalah maksud asma, punca-punca, dan cara rawatan bagi melegakan masalah pernafasan ini. 

Teruskan membaca dengan lebih lanjut.

 

Maksud Asma

 

Asma adalah penyakit kronik yang menjejaskan paru-paru dan saluran pernafasan yang menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan.

Keradangan dapat membuatkan otot saluran pernafasan berkedut dan ini menyebabkan sesak nafas dan sesak dada. Ia terjadikan disebabkan alahan, perengsa atau pencetus asma.

Di Malaysia, ia adalah salah satu penyakit pernafasan yang paling biasa dan bilangannya telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Asma adalah penyakit yang boleh dikawal tetapi tidak boleh diubati.

Tambahan pula, sesiapa sahaja boleh diserang penyakit ini pada bila-bila masa dalam hidup mereka. Asma boleh menjadi ringan, sederhana atau teruk.

Bagi sesetengah orang yang sedang menghidapnya, ia hanya gangguan kecil. 

Bagi yang jenis asma teruk, ia boleh menjadi masalah utama yang boleh mengganggu aktiviti harian dan boleh membawa kepada serangan asma yang boleh mengancam nyawa.

 

Pencetus Penyakit Asma

hisap rokok

 

Ada beberapa pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ia bergantung kepada individu yang menghadapinya. Antaranya adalah:

  1. Merokok.
  2. Alahan kepada bulu binatang peliharaan, hama atau debunga.
  3. Pendedahan kepada pencemaran udara, asap dan asap kimia.
  4. Jangkitan virus atau bakteria pada saluran pernafasan.
  5. Makanan atau minuman yang diproses atau makanan segera.
  6. Keadaan bilik yang lembap, berkulat dan berhabuk.
  7. Penyakit Gastroesophageal reflux disease (GERD) yang di mana asid perut kembali ke kerongkong anda.
  8. Terlalu tertekan dan beremosi seperti mengalami kesedihan, kemurungan atau marah.

 

Cara Rawatan Menggunakan Ubat

 

Ubat boleh membantu penghidap untuk mengurangkan keradangan di dalam saluran pernafasan. 

Selain itu, ia juga bantu untuk melegakan kesempitan saluran udara dan membiarkan otot-otot saluran udara berehat.

Terdapat beberapa jenis ubat khas untuk orang yang menghidap asma, antaranya ialah:

 

  1.  Ubat Pelepasan Pantas

Ini dapat digunakan bagi yang gejala asma yang datang secara tiba-tiba dan dapat melegakan otot-otot di sekitar saluran pernafasan untuk membantu individu yang bernafas.

asma

 

Ia digunakan melalui alat sedut. 

Untuk pengetahuan anda, ubat ini tidak boleh digunakan lebih daripada dua kali seminggu. 

Oleh itu, sangat penting untuk anda memantau kekerapan ubat ini digunakan. Jika anda terlalu kerap menggunakannya, ia boleh membuatkan asma menjadi semakin teruk.

 

  1.  Ubat Kawalan Jangka Panjang

Ia biasanya berfungsi untuk mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan. 

Ia boleh diambil setiap hari tanpa mengira sama ada individu itu mempunyai gejala atau tidak. 

Sesetengah ubat kawalan jangka panjang dapat mengawal selia sistem imun dengan baik. 

Contohnya, ubat kawalan jangka panjang adalah anti-radang atau bronkodilator.

 

  1.  Ubat Gabungan

Jika gejala asma tidak dapat diuruskan dengan baik oleh ubat kawalan jangka panjang, ubat gabungan ini boleh ditetapkan oleh doktor.

Ubat gabungan membantu untuk merawat asma dengan menggunakan lebih daripada satu ubat pada satu masa. 

Kesimpulannya, penyakit ini akan menyebabkan kemudaratan pada tubuh badan si penghidap. 

Anda perlu mendapatkan rujukan perubatan dan kesihatan daripada doktor yang berkelulusan dan bertauliah.

Hal ini kerana sudah banyak kes yang terjadi dan menyebabkan kematian atas sebab cuai.

 

sacha inchi oil

 

Anda sedang berikhtiar untuk sembuhkan paru-paru anda kerana penyakit asma? 

Cubalah Sacha Inchi daripada GoNature! Ia boleh didapati 

Suplemen Sacha Inchi daripada GoNature ini telah disahkan selamat  untuk dimakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SIRIM Malaysia serta dijamin halal oleh JAKIM.

Dengan 60 biji dalam setiap botol, anda akan mendapat banyak khasiat untuk tubuh badan anda. Apatah lagi jika anda menghidap asma.

Oleh itu, kami amat sarankan pengambilan suplemen sacha inchi ini kerana kandungan Omega 3 nya 17 kali lebih tinggi berbanding ikan biasa atau dalam diet pemakanan seharian.

Secara umumnya, omega 3 baik untuk mengurangkan degupan jantung yang tidak teratus, menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok serta risiko kegagalan jantung.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom rawat penyakit anda dengan berikhtiar produk dari GoNature sekarang!

Klik pada pautan di bawah ini untuk membuat pembelian secara talian.

Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EN