Terdapat pelbagai alternatif untuk merawat kencing manis, sama ada secara moden mahupun tradisional.
Dalam artikel ini, kami menyediakan beberapa petua untuk hilangkan kencing manis.
Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui caranya.
Punca Kencing Manis Anda Kena Tahu
Pengambilan makanan dan minuman bergula tinggi
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pengambilan gula yang tinggi dapat mengundang penyakit kencing manis.
Namun, bukan gula sahaja yang dapat menyebabkan penyakit ini.
Malah, makanan lain yang mengandungi indeks glisemik tinggi seperti madu, gula-gula, kismis, pisang, dan kurma juga merupakan faktor menyumbang kepada diabetes.
Anda tidak semestinya harus menghindari semua makanan ini, namun jumlah pengambilannya haruslah dikawal.
Pengambilan refined carbs yang banyak
Refined carbs atau karbohidrat bertapis ialah karbohidrat yang telah dibuang atau ditapis nutrien dan zat makanannya.
Karbohidrat bertapis juga dikenali sebagai karbohidrat ringkas atau karbohidrat jahat (bad carbohydarate).
Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta, dan beras putih yang nanyak.
Proses untuk mendapatkan refined carbs telah mengurangkan mineral seperti kromium.
Kurang aktiviti fizikal
Selain itu, individu yang tidak aktif yang tidak membuat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan yang boleh mengundang kepada diabetes.
Tekanan yang kronik dan tidur yang tidak mencukupi
Apabila seseorang individu tertekan atau stres, ia akan menyebabkan peningkatan hormon stres, atau juga dikenali sebagai kortisol.
Tahap kortisol yang tinggi berkemungkinan boleh menghentikan sel penghasil insulin dalam pankreas daripada berfungsi dengan baik dan mengurangkan jumlah insulin yang dihasilkannya.
Akibatnya, ini mungkin menyumbang kepada diabetes jenis 2.
Merokok
Individu yang merokok juga mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap diabetes berbanding mereka yang tidak merokok.
Tidak mengambil sayur dan buah-buahan
Mereka yang kurang pengambilan sayur dan buah-buahan adalah berisiko untuk mendapat kencing manis.
Tidak mengambil ikan dalam diet pemakanan
Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kekurangan asid omega-3 dalam tubuh.
Ini kerana minyak ikan boleh membantu melindungi kita daripada penyakit diabetes.
Pengambilan ubat-ubatan
Ramai yang tidak sedar bahawa pengambilan ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko kencing manis.
Pengambilan jenis ubat tertentu dalam tempoh yang panjang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang berkaitan dengan kawalan gula dalam darah.
Sejarah keluarga
Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, anda juga berisiko tinggi untuk menghidapnya.
Oleh itu, anda perlulah berwaspada dengan sejarah kesihatan keluarga anda supaya dapat mengambil pencegahan yang awal.
Faktor usia
Sememangnya tidak dapat dinafikan semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis.
Namun begitu, tidak semestinya anda akan mendapat kencing manis dengan usia kerana orang muda juga ada yang dapat kencing manis.
Rintangan insulin
Rintangan insulin berlaku apabila struktur membran sel rosak.
Ini menyebabkan reseptor insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin.
Kesan rintangan insulin ini boleh menyumbang kepada ‘sindrom metabolik’ iaitu satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis serta masalah jantung dan stroke.
Oleh itu, terdapat beberapa petua orang lama yang anda boleh praktikkan untuk mengurangkan risiko serta hilangkan penyakit kencing manis.
5 Petua Orang Lama Untuk Hilangkan Kencing Manis
Anda bukan sahaja boleh merawat penyakit kencing manis dengan ubatan, tetapi dengan barang di dapur juga boleh.
Jus peria katak dan epal hijau
Buah ini mengandungi pelbagai zat aktif yang bermanfaat untuk mencegah penyakit kencing manis.
Bahan-bahannya:
- Sebiji peria katak
- Sebiji epal hijau
- 4 cawan air kosong
Cara penyediaannya: Potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya.
Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut.
Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.
Kulit kayu manis
Bahan-bahannya:
- 3 batang kulit kayu manis
- Sebiji lemon
- Sadu sudu madu
- 1 liter air
Caranya, hiris lemon. Masukkan lemon dan kulit kayu manis ke dalam periuk. Masukkan air. Rebus hingga mendidih. Minum satu cawan pagi dan malam.
Lidah buaya
Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Caranya:
- Ambil 1 batang lidah buaya
- Bersihkan dan kupas kulit serta durinya
- Rendamkan selama 30 minit bersama air garam
- Ramas dan bilaskan dengan air
- Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih
- Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk
- Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas
- Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali
Ginseng
Beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa.
Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukosa bagi penghidap diabetes.
Sacha inchi
Terdapat pelbagai kajian yang mengupas tentang manfaat sacha inchi untuk penyakit diabetes.
Ia mempunyai kepekatan tinggi asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk mengawal paras gula dalam darah.
Selain itu, sacha inchi juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan keradangan, kedua-duanya merupakan faktor risiko diabetes.
Kawal Paras Gula Dalam Darah Dengan Go Nature!
Produk Sacha Inchi oleh Go Nature boleh membantu anda menghindari penyakit kencing manis.
Ia merupakan suplemen tambahan yang memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan anda secara menyeluruh.
Suplemen Sacha Inchi daripada GoNature telah disahkan selamat untuk dimakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SIRIM Malaysia, serta dijamin Halal oleh JAKIM.
Jangan tunggu lagi, dapatkan sacha inchi dari GoNature sekarang!