Sabun Eczema Terbaik Untuk Rawat Penyakit Kulit Anda

Mempunyai kulit yang sihat adalah satu nikmat bagi setiap orang.

Namun, jika diuji dengan kulit yang bermasalah ia pasti mendatangkan kebimbangan dan kemurungan.

Seperti eczema iaitu kumpulan penyakit kulit kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa dan tidak terkecuali kanak-kanak.

Ia bukan penyakit yang berjangkit kepada orang lain. Walaupun tiada ubat penyembuh tetapi masalah ini boleh dikawal. 

Rawatan yang penting untuk penyakit kulit akan melibatkan penjagaan asas kulit.

Di artikel ini, kami akan berkongsi tentang sabun eczema yang terbaik khusus untuk merawat kulit yang terdedah kepada eczema. 

 

Apa Itu Penyakit Eczema?

ekzema

Eczema atau atopic dermatitis (kulit) merupakan keadaan radang pada kulit yang disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah.

Ia sejenis penyakit kulit yang sangat lazim yang terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa.

Kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika dibiar berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Kulit yang terlibat biasanya berkerak. Ia meliputi kawasan muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut.

Simptom utama bagi eczema bermula dengan gatal-gatal. Simptom-simptom lain adalah seperti berikut:

  • Kulit menjadi kasar dan sensitif
  • Kulit menjadi kering
  • Kulit menjadi merekah, bersisik
  • Kulit ada bintik-bintik kecil yang berair

 

Biasanya, mereka yang mengalami eczema akan mengaru bahagian yang gatal itu sehingga kulit menjadi merah.

 

Punca Berlakunya Eczema

punca ekzema

Eczema difahami sebagai tindak balas sistem badan yang terlebih aktif terhadap kerengsaan.

Punca sebenar tidak diketahui sepenuhnya. Namun, ia dipercayai disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran.

Berikut merupakan punca-punca atau pencetus yang berkemungkinan menyebabkan eczema:

  • Perubahan suhu
  • Alahan kepada makanan tertentu
  • Tekanan 
  • Berpeluh
  • Alahan kepada haiwan
  • Penggunaan kain sintetik
  • Pendedahan kepada cuaca yang terlalu panas atau sejuk

 

Eczema tidak berjangkit dan bukan disebabkan oleh faktor kebersihan diri. Ia boleh berulang-ulang terjadi apabila ada pencetusnya.

 

Jenis-Jenis Penyakit Eczema

jenis jenis ekzema

Penyakit eczema terbahagi kepada beberapa jenis mengikut kawasan kegatalan dan keradangan yang dialami.

Umumnya, dermatitis atopik merupakan jenis eczema yang paling lazim berlaku.

Berikut merupakan jenis-jenis eczema yang lain:

  1. Dyshidrotic dermatitis

Kelihatan tompokan-tompokan bersisik muncul pada bahagian jari yang menjejaskan jari, telapak tangan dan telapak kaki. 

  1. Xerotic eczema

Kulit terlalu kering sehingga boleh menyebabkan kulit merekah dan menjadi “ooze” atau berair. 

  1. Seborrheic dermatitis

Ruam yang terhasil pada bahagian muka, kulit kepala, telinga dan tengah dada.

Selain orang dewasa, bayi juga tidak terkecuali daripada mengalami ruam ini di bahagian belakang telinga dan seluruh badan.

  1. Scabies

Seperti bentuk eczema yang lain dengan gatal yang boleh menghasilkan ruam.

Eczema yang tidak diberi rawatan boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi seperti berikut:

  • Jangkitan kulit
  • Masalah tidur
  • Asma atau resdung
  • Kulit gatal dan bersisik

Simptom eczema boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan dan terapi.

Anda juga boleh mengurangkan eczema dengan menggunakan sabun eczema yang berkesan.

 

Rawat Kulit Anda Dengan Sabun Eczema

sabun eczema

Jika eczema muncul, pasti anda memerlukan rawatan untuk mengurangkan kegatalan. 

Sabun Sacha Inchi ini memberi seribu manfaat kepada kulit badan kerana mengandungi kandungan yang terbukti mampu merawat: 

  1. Anti-penuaan
  2. Mencerahkan kulit kusam
  3. Ekzema dan mengurangkan kesan parut
  4. Agen pemutih kulit dan jeragat

 

Kandungan utama:

  • Minyak Sacha Inchi
  • Ekstrak Bacillus Ferment

 

Menurut kajian, Sacha Inchi mempunyai lebih banyak khasiat Omega 3 berbanding minyak ikan biasa.

Ia adalah 100% organik tulen. Sacha Inchi Go Nature merupakan pengganti minyak ikan yang lebih baik.

Antara khasiat yang terkandung dalam Sacha Inchi:

  • Omega 3 (48%)
  • Omega 6 (35%)
  • Omega 9 (9%)
  • Vitamin A
  • Vitamin E

 

Bacillus Ferment adalah bahan aktif agebiotik yang ditemui di gua bawah air tertua di Kepulauan Mallorca. 

  • Mempunyai antioksidan yang tinggi dalam membantu melindungi kulit daripada kesan penuaan dan tekanan oksidatif. 
  • Meningkatkan keupayaan keratinosit untuk menghasilkan protein anti-penuaan yang terlibat dalam kulit. 
  • Meningkatkan keberkesanan proses menegangkan kulit, membaiki kedutan pada wajah dan menghidratkan kulit.

 

Baca juga: Kebaikan Sacha Inchi Oil

 

Individu yang mempunyai eczema mestilah berhati-hati dalam memilih produk kesihatan, kebersihan dan kecantikan. 

Dengan Sabun Sacha Inchi, anda tidak perlu risau kerana GO NATURE telah menghantar sampel kepada SIRIM dan HALVEC sebagai ujian kualiti minyak sacha inchi.

Sabun tersebut terbukti semulajadi dan tiada campuran bahan asing yang boleh menyebabkan kesan sampingan. 

Sesuai untuk mandian dan digunakan terus pada bahagian kulit yang mempunyai masalah seperti:

  • Kulit sensitif
  • Alahan
  • Ekzema

 

Untuk mengawal keadaan kulit supaya tahap eczema adalah minima, pastikan anda:

  • Menggunakan sabun yang sesuai 
  • Menyapu pelembap 
  • Menjauhkan punca terjadinya eczema yang telah dikenal pasti.

 

Jika anda mencari sabun eczema yang terbaik, cubalah Sabun Sacha Inchi untuk merawat masalah kulit anda.

Meskipun eczema tiada ubat penyembuh, tetapi masih cara untuk merawatnya.

Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EN