Cara Mencari Sabun Untuk Kulit Sensitif

Kulit sensitif ialah jenis kulit yang mudah mengalami iritasi dan alergi. Hal ini kerana, kulit sensitif mengalami lapisan perlindungan yang lebih nipis berbanding kulit normal. Sebab itu pentingnya pemilihan sabun untuk kulit sensitif yang sesuai.

Justeru, mereka memerlukan penjagaan kulit yang optimum bagi mengekalkan hidrasi kulit sama ada pada muka atau badan.

Sabun untuk kulit sensitif sememangnya barang penting bagi individu yang mengalaminya kerana kerap digunakan dalam kehidupan. 

Namun, ia juga mengambil masa untuk menemui yang sesuai dan setanding dengan bajet dikeluarkan. 

Justeru, bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, ini artikel yang sesuai untuk anda bagi mencari sabun yang sesuai.

 

Gejala Kulit Sensitif Yang Selalu Dialami:

 

sabun untuk kulit sensitif
  1. Kemerahan
  2. Gatal
  3. Pedih pada kulit
  4. Rasa terbakar
  5. Kulti kering
  6. Kulit bersisik
  7. Kulit mengelupas

 

Kulit Sensitif Terjadi Disebabkan Oleh:

  1. Genetik
  2. Perubahan hormon
  3. Stress
  4. Sinaran cahaya matahari
  5. Pemakaian produk skincare yang ada bahan kimia yang aktif.

 

Panduan Memilih Sabun Untuk Kulit Sensitif

panduan pilih sabun

Bagi anda yang ada tanda-tanda di atas, ini adalah panduannya:

  1. Hindari Sabun Ada Bahan Harsh Untuk Kulit

Bahan seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES) adalah bahan kimia yang membuatkan kulit menjadi kering, iritasi dan gatal.

  1. Guna Sabun PH Neutral

pH sabun mandi yang normal adalah di antara 9-10. Namun, pH kulit pula adalah di antara 4 hingga 5. 

Kadar pH yang tinggi akan menyebabkan kulit sensitif anda terasa kering, kaku dan bagaikan ditarik-tarik. 

Sabun yang berpH neutral akan membantu membuatkan kulit anda kekal lembut dan tidak luka. 

  1. Guna Sabun Yang Ada Kandungan Pelembab

 

sabun ada kandungan pelembab

Kulit sensitif amat mudah memberi reaksi dengan sebarang cuaca dan perubahan. Oleh itu, kandungan pelembab yang cukup pada sabun dan produk skincare penting untuk orang seperti ini.

Ia dapat melindung dan menjaga skin barrier anda dari menjadi rosak. Elakkan juga dari menggunakan air panas ketika mencuci muka dan mandi daripada menjadikan ia semakin kering. 

  1. Elakkan Pewangi Dalam Sabun

Pewangi di dalam sabun membuatkan anda terdedah dengan kerengsaan seperti gatal-gatal dan kemerahan.

Sebagai gantian, anda boleh gunakan sabun yang berasaskan bahan-bahan organik yang bebas dari bahan pengawet seperti ekstrak lidah buaya, koko, chamomile dan vitamin E.

  1. Tidak Gunakan Alkohol dan Pewarna Dalam Sabun

Kandungan alkohol, antiseptik dan pewarna yang ada dalam sabun mandi letak baik dielakkan dari menggunakannya.

Ia boleh menyebabkan iritasi dan lebih teruk, menjadi alergi pada kulit sensitif. Kulit sensitif amat fragile, maka sebarang reaksi pada kulit akan memburukkan keadaan kulit.

  1. Berjumpa Dengan Doktor Kulit

Sekiranya tiada penyelesaian yang berlaku pada kulit anda, anda boleh dapatkan khidmat doktor kulit bagi maklumat lanjut. 

Hal ini kerana, mereka mampu detect dan memberikan konsultasi mengenai sakitan yang anda alami bagi mengelakkan ia lebih teruk. 

Anda mungkin mengalami kulit ekzema, jangkitan kulit, tompokan kering (psoriasis) atau kanser kulit. 

 

Cara Guna Sabun Untuk Kulit Sensitif 

  1. Gunakan Air Sejuk Ketika Mandi dan Membersihkan Wajah.

Gunakan air sejuk atau air bersuhu bilik satu perkara yang ideal bagi kulit sensitif ketika membersihkan muka. 

  1. Jangan Menggosok Terlalu Kasar.

 

sabun untuk kulit sensitif

Sudah namanya kulit sensitif, kulit ini wajib dijaga dengan penuh kasih sayang. 

Semasa mencuci muka, ambil masa anda dan pastikan tidak menggosok muka terlalu kasar bagi mengelakkan luka pada wajah. 

  1. Keringkan Wajah dan Badan Setelah Selesai Mandi.

Perkara ini penting bagi mengelakkan geseran berlaku pada permukaan kulit dan menyebabkan rashes pada kulit. 

Rashes yang ada membuatkan kulit lebih gatal dan anda mungkin akan garu dengan kasar dan berdarah. 

  1. Gunakan Pelembab Sebagai Rutin Setelah Mandi dan Mencuci Wajah.

Dinasihatkan untuk mereka yang ada kulit sensitif untuk terus konsisten dengan pelembab muka dan badan. 

Pelembab mampu lock air yang ada pada produk dan badan. Ia membuatkan kulit anda terhindar dari kulit kering dan mengelupas.  

  1. Gunakan Shower Puff Ketika Mandi

Shower puff berfungsi untuk mengangkat sel-sel kulit mati yang ada pada badan ketika mandi. 

Dengan gabungan sabun yang sesuai dan shower puff, kulit badan anda akan generate kulit baru yang lembut tanpa menggunakan scrub badan. 

Jika anda mengalami kulit sensitif, penting untuk adakan konsultasi dengan doktor kulit sebelum menggunakan sabun baru. Dengan ini, doktor mampu membantu permasalahan anda dengan lebih tepat. 

Go Nature sacha inchi oil

 

Alternatif Dari GoNature

Selain sabun, kulit sensitif boleh dirawat dengan Minyak Sacha Inchi untuk mengembalikan kelembapan kulit yang boleh melegakan gatal dan kulit kronik kering.

Kandungan Omega-3 juga  memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti membantu masalah kencing manis, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kemurungan.

Selain kaya dengan Omega 3, 6, 9, ia juga mempunyai kandungan vitamin A dan E, serta antioksida yang sangat sesuai untuk membantu mengurangkan bacaan gula dalam darah.

Bukan itu sahaja, antara khasiat-khasiatnya yang lain pula adalah:

  • Mengawal bacaan kencing manis
  • Membantu kesihatan jantung dan peredaran darah yang lancar
  • Membantu mengurangkan sakit sendi saraf
  • Membantu memupuk minda yang fokus
  • Mengawal darah tinggi
  • Membantu mengawal kolestrol 
  • Membantu pernafasan yang lancar
  • Membantu badan semakin bertenaga

 

Anda boleh amalkan dengan mengambil 1 atau 2 pills sebelum sarapan dan 1 atau 2 pills sebelum makan makan.

Jadi, tunggu apa lagi? 

Amalkan Minyak Sacha Inchi daripada Go Nature sebagai ikhtiar tambahan bagi membantu mengawal kandungan gula dalam darah.

Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EN