Pengambilan minuman susu terutamanya susu untuk gastrik dalam rutin seharian merupakan sumber terbaik bagi menguatkan tulang bagi bayi, kanak-kanak, remaja mahupon dewasa.
Namun bagi sesetengah orang, mereka akan mengalami gastrik setelah minum susu. Tapi, mengapa boleh terjadi?
Gastrik dalam masyarakat kita dikenali sebagai angin.
Beberapa tanda gastrik yang kerap terjadi pada pesakit adalah mereka akan mengalami sendawa yang banyak dan pedih ulu hati.
Dalam istilah perubatan masalah gastrik juga dikenali sebagai gastritis.
Apa Itu Gastrik?
Gastrik bermaksud organ perut. Manakala gastritis adalah merupakan rasa keradangan pada lapisan yang melindungi perut dan menjadikan lapisan perut menjadi merah dan bengkak.
Penyakit gastrik ini boleh merosakkan lapisan yang melindungi dinding perut kita. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan yang teruk pada badan seseorang.
Gastrik akut akan menyebabkan keradangan secara tiba-tiba. Manakala bagi kes yang kronik pula, ia akan mengakibatkan keradangan sehingga satu tempoh yang sangat lama jika tidak dirawat.
Tambahan pula, ada juga yang jenis menghakis namun ia tidak akan meradang akan tetapi boleh membawa kepada pendarahan dan juga ulser pada lapisan perut.
Apa Punca Terjadinya Gastrik?
Secara amnya, perut berfungsi untuk mengeluarkan asid yang berfungsi untuk mencerna makanan dan membunuh kuman serta bakteria yang masuk melalui mulut atau hidung.
Oleh itu, tahap keasidan di dalam perut adalah tinggi berbanding bahagian lain di dalam saluran pemakanan atau usus anda.
Ia berperanan untuk melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Jadi jika anda mengalami masalah gastrik, mungkin terdapat sesuatu yang mengganggu penghasilan lapisan ini.
Punca terjadinya gastrik kerana:
- Tekanan

Gastrik angin boleh berlaku bukan sahaja disebabkan oleh tidak makan mengikut waktu yang sepatutnya.
Ia juga boleh berlaku sekiranya tahap tekanan yang tinggi sehingga membebani badan seseorang individu.
Oleh itu, kawal tekanan anda dengan lakukan aktiviti yang mengembirakan seperti makan makanan yang digemari.
- Ubat Tahan Sakit

Penggunaan ubat-ubatan seperti Aspirin, Ibuprofen dan Naproxen berpotensi menyebabkan gastrik angin atau kronik jika diambil secara berkala atau berlebihan.
Ia menyebabkan berlakunya gastrik dan akan menjejaskan faktor utama untuk melindungi lapisan dinding perut.
- Jangkitan Bakteria
Penyebab utamanya adalah sejenis bakteria bernama Helicobacter Pylori menyerang perut.
Bakteria ini wujud di dalam perut pada semua orang namun hanya sesetengah orang sahaja yang akan mengalami keradangan.
- Minuman Keras
Pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan gastrik angin. Ini kerana, minuman beralkohol ini dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut.

Sebab itulah pengambilan minuman keras tidak langsung digalakkan bagi mana-mana pesakit.
Betul Ke Susu Untuk Gastrik Membantu?

Apabila anda tidak sihat dan mengalami gangguan pencernaan, anda mungkin akan memilih untuk meminum segelas susu.
Susu adalah minuman penuh berkrim yang dapat memberikan rasa ketenangan dan ia turut mengandungi khasiatnya tersendiri.
Tetapi, adakah susu untuk gastrik adalah pilihan yang bijak?
Susu yang jenis rendah lemak dapat mengurangkan perembesan asid dalam perut.
Walau bagaimanapun, keadaan seperti ini tidak akan berlaku kepada individu yang menghidap Ulser Duodenum kerana asid yang dihasilkan mereka lebih banyak.
Bahan lain yang menjadi faktor adalah protein susu iaitu Kasein. Anda tidak digalakkan minum susu apabila jenis tubuh anda adalah jenis keasidan rendah.
Anda boleh menggantikannya dengan Kefir! Kefir adalah susu yang telah difermentasikan dan malah lebih baik.
Susu untuk gastrik dengan keasidan tinggi boleh di minum dan diharuskan. Ini kerana produk tersebut akan membantu menormalkan rembesan jus gastrik.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengawal gastrik anda dengan mengambil summer soya daripada produk tenusu.
Kesimpulannya, susu berfungsi untuk melapisi lapisan perut untuk sementara waktu, menyekat asid dalam perut dan membuatkan anda berasa lebih baik.
Namun begitu, kelegaan itu adalah untuk sementara waktu mungkin berlangsung hanya untuk 20 minit atau lebih sahaja.
Walaupun begitu, terdapat banyak pilihan susu untuk gastrik. Anda disarankan membaca bahagian kandungan bahan sebelum membuat pilihan.
Anda ingin ikhtiar dan mencari suplemen untuk kesihatan diri anda?
Anda boleh cuba produk daripada GoNature. Bebas daripada bahan kimia, gelatin dan campuran air.
Ia hanya 100% minyak asli dari buah Sacha Inchi.
Yang menariknya produk ini banyak sangat faedah yang baik iaitu
- Membantu dan melegakan masalah gastrik.
- membantu mengawal masalah gula dalam darah.
- Memperbaiki dan merawat kesihatan buah pinggang.
- Membantu dan melegakan sakit otot dan sendi.

Dan banyak lagi khasiat Sacha Inchi ini.
Paling penting adalah anda tidak perlu ragu-ragu lagi kerana produk daripada GoNature ini dijamin halal oleh JAKIM
Diyakini selamat dimakan kerana mendapat kelulusan KKM dan SIRIM Malaysia.
Apa tunggu lagi? Tak perlu fikir lama-lama. Jom rawat dan cegah penyakit yang bahaya dengan mencuba Sacha Inchi daripada GoNature sekarang.
Beli secara dalam talian lebih mudah dan senang.