Setiap tahun pada 17 Mei, kita akan menyambut Hari Hipertensi Sedunia. Hipertensi atau darah tinggi merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan sebarang tanda di peringkat awal.
Sebab itulah, hanya separuh daripada mereka menyedari mereka menghidap penyakit ini.
Di Malaysia saja, tiga (3) daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi. Adakah kita tergolong dalam individu yang menghidap darah tinggi?
Ketahui dulu simptom-simptom darah tinggi dan tips menurunkan tekanan darah tinggi.
Simptom Darah Tinggi

Antara gejala darah tinggi yang kronik adalah seperti:
- Sakit kepala yang serius
- Sesak nafas
- Pendarahan hidung
- Wajah kemerahan
- Pening
- Sakit dada
- Perubahan pada visual atau sebarang masalah melibatkan penglihatan
- Darah dalam air kencing
- Kekeliruan atau kelesuan
Jika anda ada gejala-gejala di atas, anda boleh lakukan pemeriksaan di klinik kesihatan terdekat untuk kepastian.
Jika anda mempunyai alat tekanan darah, ia dapat membantu untuk lakukan diagnosis awal. Sebelum itu, ketahui dahulu cara membaca tekanan darah.
Cara Baca Tekanan Darah

- Ketahui Bacaan
140/90 mm Hg atau lebih tinggi – memberi makna anda mempunyai tekanan darah tinggi. Risiko penyakit kronik juga akan meningkat. Jika anda disahkan menghidap hipertensi, doktor akan membekalkan ubat-ubatan untuk menurunkan tekanan darah anda.
120/80 mm Hg hingga 140/90 mm Hg – Hampir menghidap darah tinggi. Ia turut dikenali sebagai prahipertensi.
90/60 mm Hg hingga 120/80 mm Hg – Tekanan darah normal. Ini bermaksud, tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat.
90/60 mm Hg atau lebih rendah – Kondisi ini boleh menyebabkan anda sering rasa letih dan mudah pitam.Anda berkemungkinan ada tekanan darah rendah.
- 3 Kali Bacaan Automatik
Tekanan darah tinggi lebih baik dibaca selepas diambil 3 kali. Mesin bacaan yang terkini biasanya akan mengambil bacaan darah tinggi secara automatik.
- Semak Ketepatan Ujian
Cara lain pula dengan membawa bacaan mesin yang anda lakukan. Sekiranya bacaan nombor sistolik (point nombor 1) dalam lingkungan 10 mata dengan bacaan mesin di klinik, bermakna mesin yang anda miliki adalah tepat dan boleh digunakan.
6 Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
- Kurangkan Berat Badan

Berat yang berlebihan antara individu yang sering menghidap tekanan darah tinggi.
Dengan mengurangkan berat badan, anda juga telah mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi dan yang lain.
- Bersenam
Mengeluarkan peluh antara jalan terbaik untuk memperbaiki kesihatan diri seperti mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
Sebab itulah, pakar kesihatan akan menasihati pesakit-pesakit supaya bersenam bagi mengurangkan risiko.
- Berdiet
Rancang pemakanan yang lebih baik dan utamakan sayuran seperti ikan berlemak, yogurt, tomato, lobak merah, saderi, bayam dan macam-macam lagi.
Ikuti pola cadangan makanan yang dicadangkan Kementerian Kesihatan iaitu suku-suku separuh dan piramid makanan.
- Kurangkan Garam Dalam Makanan

Sebagai penghidap darah tinggi, anda tidak dibenarkan untuk makan ikan masin, telur masin, sosej, daging burger, jeruk sayur dan buah, belacan dan macam-macam lagi.
Hal ini kerana, kandungan garam yang tinggi pada makanan tersebut yang boleh menjejaskan kesihatan diri.
Ini perkara penting yang anda patut kawal selepas mengurangkan berat badan.
- Mengawal Stress
Kerisauan yang anda alami boleh meningkatkan tekanan darah. Secara mudahnya, apabila anda stress, badan akan merembeskan hormon yang membuatkan peningkatan degupan jantung.
Salur darah akan mengendur dan mengakibatkan peningkatan tekanan darah.
- Kawal Pengambilan Kopi
Walaupun kesan kafein terhadap tekanan darah masih lagi diperkatakan, ada kajian yang menunjukkan kafein dapat meningkatkan tekanan darah sebanyak 10 mmg Hg dalam kalangan mereka yang jarang menikmatinya.
Maka, lebih baik diambil secara sederhana dan tidak keterlaluan.
Anda bolehlah amalkan pemakanan teratur, mengamalkan gaya hidup sihat danseperti yang dikongsikan di atas bagi memastikan tekanan darah dalam arteri kembali normal secara konsisten.
Anda ingin ikhtiar dan mencari suplemen untuk kesihatan diri anda?
Anda boleh cuba produk daripada GoNature. Bebas daripada bahan kimia, gelatin dan campuran air.
Ia hanya 100% minyak asli dari buah Sacha Inchi.
Yang menariknya produk ini banyak sangat faedah yang baik iaitu:
- Membantu dan melegakan masalah gastrik.
- membantu mengawal masalah gula dalam darah.
- Memperbaiki dan merawat kesihatan buah pinggang.
- Membantu dan melegakan sakit otot dan sendi.

Dan banyak lagi khasiat Sacha Inchi ini.
Paling penting adalah anda tidak perlu ragu-ragu lagi kerana produk daripada GoNature ini dijamin halal oleh JAKIM
Diyakini selamat dimakan kerana mendapat kelulusan KKM dan SIRIM Malaysia.
Apa tunggu lagi? Tak perlu fikir lama-lama. Jom rawat dan cegah penyakit yang bahaya dengan mencuba Sacha Inchi daripada GoNature sekarang.
Beli secara dalam talian lebih mudah dan senang.