Punca Diabetes Terjadi Semasa Hamil Yang Anda Wajib Tahu!

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan salah satu keadaan yang serius berlaku kepada wanita hamil. Terdapat banyak punca diabetes terhadap wanita hamil.

Wanita ini yang sebelum ini tidak pernah menghadapi diabetes, namun semasa hamil mempunyai paras glukosa darah yang tinggi dari paras biasa.

Nak tahu punca diabetes semasa hamil? Anda baca artikel yang tepat, jadi teruskan membaca!

 

6 Punca Diabetes Ibu Mengandung

 

punca diabetes

Penyakit kencing manis ketika hamil adalah dikenali sebagai diabetes gestasi. Kebiasaannya, ia bermula pada kandungan ke 24 minggu. 

Keadaan ini dapat mempengaruhi sekian sel yang menggunakan gula dan menyebabkan peningkatan gula dalam darah pada tahap yang berbahaya buat ibu serta bayi.

Gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin. Namun begitu, ada juga yang selepas melahirkan penyakit kencing manis itu tetap ada padanya. 

Oleh itu, anda perlu kerap diperiksa oleh doktor untuk mengawal gula dalam darah.

Antaranya puncanya adalah:

  1. Mempunyai berat berlebihan terutamanya BMI 30 dan ke atas.
  2. Mempunyai ahli keluarga atau saudara yang menghidap kencing manis.
  3. Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih dari 4kg).
  4. Air ketuban yang berlebihan.
  5. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
  6. Kekurangan hormon insulin dimana akan mempengaruhi hormon dalam plasenta dan menyebabkan gula dalam darah bertambah.

 

Kesan Diabetes Semasa Hamil

Penting para ibu sekalian untuk memastikan paras glukosa dalam darah terkawal. 

Jika terlalu tinggi dan tidak terkawal, ia akan memberi kesan kepada bayi.

  1. Bayi akan membesar secara berlebihan di dalam rahim kerana bayi memberi respon dengan paras gula yang tinggi dan ini akan menghasilkan insulin yang berlebihan.

Selain itu, jika bayi terlalu besar, si ibu akan diminta untuk bersalin awal daripada tarikh yang sebenar dan boleh membawa kepada bersalin secara pembedahan.

  1. Risiko bayi meninggal di dalam rahim secara mengejut juga mampu meningkatkan lagi paras gula dalam darah menjadi tidak terkawal.
  1. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidapi kencing manis mampu mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan apabila meningkat dewasa.

 

5 Cara Kawal Punca Diabetes

Ada beberapa cara untuk menurunkan gula dalam darah pada ibu hamil yang sangat mudah untuk dipraktikkan:

 

  1. Minum Air Kosong

 

minum air kosong

Pengambilan air putih dapat membantu anda untuk mengurangkan keinginan untuk mengambil manisan selain untuk mengekalkan diri supaya kekal berhidrat.

Selain itu, air kosong ini juga mampu menstabilkan gula dalam darah supaya tidak meningkat tinggi. 

Ia juga mempunyai beberapa khasiat lain di mana membantu memastikan keseimbangan dan metabolisme dalam badan agar berjalan dengan lancar.

 

  1. Ambil Lemak Sihat

 

lemak sihat

Tidak semua lemak adalah lemak yang tidak baik.

Ada lemak yang sihat dan berkhasiat untuk tubuh yang dikenali sebagai lemak tidak tepu atau mono.

Antara contoh makanan yang kaya dengan lemak yang berkhasiat ialah ikan salmon, minyak zaitun, minyak canola, kekacang, biji-bijian dan buah avocado.

Jika mengambil kandungan lemak yang sihat ini ianya mampu untuk mengawal paras gula dalam darah dan menjauhkan diri kita daripada penyakit diabetes.

 

  1. Kurangkan Makanan Manis

 

kurangkan gula

Tips yang paling penting untuk wanita hamil adalah dengan mengawasi pengambilan makanan yang manis-manis. 

Untuk mengelakkan gula dalam darah anda meningkat secara mendadak, cuba kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, kek, kuih muih dan minuman manis.

Jika tekak terasa nak makanan manis, gantikannya dengan sumber lain seperti buah-buahan.

 

  1.  Makan Makanan Mengandungi Probiotik

 

punca diabetes

Anda perlu mengawal pengambilan nutrisi harian walaupun ianya baik untuk badan agar tidak berlaku sebarang komplikasi.

Makanan yang kaya probiotik iaitu adalah bakteria baik ini mampu membantu sistem pencernaan pada tubuh. Selain itu, mampu juga membantu mengawal paras gula dalam darah.

Antara jenis makanan yang kaya dengan probiotik adalah keju, susu dan yogurt. 

Namun, anda perlu mengambilnya dengan had yang betul. Tak boleh terlalu berlebihan.

 

  1. Makanan Berprotein

 

makanan protein

Protein juga mampu mengawal kadar gula dalam darah wanita yang sedang hamil agar sentiasa stabil.

Dalam pada itu, protein juga boleh membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. 

Antara jenis makanan yang mempunyai kandungan protein adalah seperti ayam, daging, ikan dan telur.

Kesimpulannya, jagalah diri anda ketika hamil mahupun tidak hamil kerana badan kita hendak digunakan lama dan setiap hari kita perlukan tenaga menggunakan tubuh badan kita. 

Jaga makan dan bersenam sekurang kurangnya 3 kali seminggu.

Jika anda sedang mencari produk untuk membantu anda hindari kencing manis. Anda boleh cuba produk dari GoNature!

sacha inchi go nature

Ia merupakan suplemen tambahan yang memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan anda.

Suplemen Sacha Inchi ini telah disahkan selamat untuk dimakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan SIRIM Malaysia serta dijamin Halal oleh JAKIM.

Antara khasiat-khasiatnya yang lain pula adalah:

  • Mengawal bacaan kencing manis
  • Membantu kesihatan jantung dan peredaran darah yang lancar
  • Membantu mengurangkan sakit sendi saraf
  • Membantu memupuk minda yang fokus
  • Mengawal darah tinggi
  • Membantu mengawal kolestrol 
  • Membantu pernafasan yang lancar
  • Membantu badan semakin bertenaga

 

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan segera Sacha Inchi dari GoNature sekarang!

Facebook
Twitter
LinkedIn
BMSEOWP
BMSEOWP

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

MY